Saturday, November 7, 2009

gila mengarut

tadi terjaga dari tidur jam 8.30 disebabkan mimpi.

aku mimpi dibaling dengan buah-buah durian oleh seekor monyet gergasi,

dan yang berada di sisi aku adalah arwah mak yang tidak berkata apa.

hanya aku yang menjerit-jerit mengelak balingan buah-buah durian.

mungkin, aku rindu akan arwah dan teringin makan buah durian serta ada seekor monyet ingin balas dendam terhadap aku.

tapi aku tak terfikir nak makan buah durian dah lama monyet tak skodeng bilik aku.

mimpi itu permainan tidur.

dah masuk 4 hari demam.

Friday, November 6, 2009

belum selesai

tiga paper dah lepas..

tinggal lagi dua paper..

tak sabar mao pulang..

Tuesday, November 3, 2009

pasti dan tak pasti

sungguh aku semakin keliru..
semak..
apa yang aku nampak semuanya semak..

aku semakin hilang punca..
mana arah tuju aku?
mana?
mana?

aku bingung..
sungguh..
sangat bangang..

orang kata "hari ini memang palat, tapi esok masih ada lagi"
tapi aku kata "hari yang aku rasa semakin hari semakin palat"

mereka kata aku ni tertekan dek study..
betul ini?

tapi aku resah..
tidur-tidur malam aku terganggu..
mungkin aku terlalu banyak berfikir..

tenanglah nana..semuanya akan berakhir..satu hari nanti..itu pasti..

Monday, November 2, 2009

aku dulu dan sekarang

tiba-tiba aku rindu masa sekolah aku. rindu kawan-kawan. rindu sekolah. rindu kantin.(bukan abang kantin okey)

rindu semuanya yang ada masa sekolah. dan aku rindu diri aku di masa sekolah. mungkin cakap nad betul. aku dah banyak berubah tapi itu semua akan jadi pada setiap kita bukan?


rindu mereka


rindu masa ini(sekolah aku wajib pakai tudung,ini masa lawatan sambil belajar)


masih mencari erti hidup dan aku cuma mahu jadi aku

rasa hati ini sangat resah.
orang cakap mengaji itu menenangkan.
aku sudah mengadu pada Tuhan.
dan aku ingin menangis sekali ini saja.

Thursday, October 29, 2009

kembali beraksi

hari ini berangkat ke segamat.

akan jarang update dalam dua minggu ni..(MUNGKIN)

mahu fokus study..

doakan kejayaan saya untuk final exam kali ini.

ayah mao DL dari aku tapi kalau 3.00 above boleh kan?

oh ya..selamat menduduki peperiksaan bagi semua calon-calon peperiksaan.

aku sangat gementar tapi mahu habiskan debaran ini segera.final exam segera berambus.

Wednesday, October 28, 2009

senyum atau senyum

kau anggap itu lucu..
kau rasa itu remah..
kau anggap itu lawak..

kau persendakan..perlekehkan..perkotak-katikkan

kau ketawa terbahak-bahak..

tunggu masa itu datang..

hidup ni umpama roda bukan?

tunggu masa kau menangis meroyan tapi tak ada siapa faham..

aku masih mampu tersenyum dan tersenyum..

kalau membunuh itu tidak haram, aku dah bunuh, cincang dan bagi babi hutan makan daging busuk kau.

jangan ganggu hidup aku. RIMAS dowh!

Tuhan, beri aku ketenagan. penat dengan ujianMu.

Tuesday, October 27, 2009

gila meroyan

tadi pergi bank islam. ada dua mesin atm dan sedang diguna orang. seorang perempuan, seorang lelaki tua dan ada seorang lagi perempuan sedang berurusan di mesin cash deposit. pilihan beratur belakang si perempuan memandangkan dari gerak laku si tua yang agak lambat.

sementara menanti giliran, memerhati gerak si lelaki tua itu. serabai, kusut, tidak terurus. bukan mengutuk sebab itu juga rupa aku sentiasa.sungguh..

pelik..kenapa skrin mesin atm lelaki tua tak berfungsi. fokus pada wajah si tua, penampilannya, mesin atm. sah..orang gila.

baik..aku gerun pada si gila. takut di tetak atau di apa-apakan. masuk dalam kereta. mak cakap dia tak kacau orang tu. okey..aku kuatkan semangat.

terus masuk kad, kenapa lambat pula nak proses. berdebar-debar sepanjang proses pengeluaran duit. agaknya ini perasaan teman-teman yang nak cek duit subsidi makan dah masuk belum dalam akaun. sungguh berdebar..

selesai berurusan, jalan cepat terus menuju kereta. dalam kereta aku terfikir apa punca lelaki tua itu gila. apa wang menyebabkan dia jadi gila? kasihan sama kau wahai si tua.

tiba-tiba terlintas, macam mana agaknya kalau exam aku kali ini teruk. apa aku akan jadi gila meroyan? bukan aku ni memang perempuan gila yang suka merepek ke?

dulu masa sekolah, kawan aku nasihat jangan belajar kuat sangat. nanti boleh jadi gila.pandai, cantik, muda tapi gila.(kawan aku berbahasa saja bila dia cakap aku cantik. itu pasti)

penggali

aku sedang gali tanah sedalam-dalam..

tunggu saat untuk terjun ke bawah..

dan kambus semula..

aku semakin tidak yakin dan rasanya seperti sedang melintasi atas sebatang kayu halus dikelilingi pacakan berjuta pedang tajam.

tensi, tensi, tensi

Sunday, October 25, 2009

bangsa dan kaum

masa aku sekolah, cikgu sejarah aku cakap. kalau orang tanya anda bangsa apa? jawab saya bangsa malaysia. anda kaum apa? saya melayu, saya cina. saya india (majoriti kaum ini di sekolah aku, tak perlu disenarai semua kaum okey).

masa aku nak isi borang kolej. aku fikir apa aku patut letak pada ruangan bangsa ni. dan akhirnya aku letak bangsa melayu. semua orang disekitar aku jawab begitu sebab memang kita dididik begitu.

bukan nak mendabik dada dengan ilmu yang ada. dan bukan ingin menyalahkan orang lain.tapi ingin berkongsi pengetahuan aku yang tak seberapa ni. aku tersedar pun ketika aku tingkatan 5.

berapa ramai yang dapat sedar akan perbezaan maksud bangsa dan kaum ni?

tepuk dada, tanya selera nak terima atau tidak apa aku perkatakan ini.

berbanggalah dengan bangsa kita, bangsa malaysia.satu malaysia.

entri ini ditulis setelah aku menonton GADOH berkali-kali dan ia mengingatkan aku pada pesanan cikgu sejarah aku kerana sejarah itu mengajar kita.

ini karutan: antara pelakon GADOH itu adalah ZAHIRIL ADZIM. dan aku suka skrip filem ini.

kau dungu

hari kejadian: sabtu,24/10/09,6.00 petang
tempat kejadian: tasik y

kak eiwa: mengimbau kenangan cinta lama ke kat tepi tasik tu?
aku: tak ada maknanya.
kak eiwa: habis duduk dekat koordinat yang sama masa dengan si dia kan.
aku: mana ada. masa dengan dia, aku duduk ngadap TIGS.
kak eiwa: ingat lagi tu.
aku:*kalau kau pun ingat, aku lagi lah ingat secara terperinci apa yang berlaku*

sumpah aku tak terfikir langsung pasal dia. rasa macam baru semalam dia pakaikan jam tangan pada aku di tepi tasik itu. tapi rupa-rupanya dah hampir 4 tahun kejadian tu berlalu.

yang lepas tu tak perlu dikenang bukan.kalau ada jodoh tak ke mana.

tapi dia cakap dia nak tunggu aku habis sekolah. janji tinggal janji kan.

jam itu masih dalam simpanan tapi buruk kondisinya. maaflah aku memang kasar.